Write For Us

Kes saman fitnah Anwar terhadap bekas MP PAS dibicara April 2024

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
12 Views
Published
Kes saman fitnah difailkan Perdana Menteri Anwar Ibrahim terhadap bekas ahli parlimen Kuala Terengganu Ahmad Amzad Hashim akan dibicarakan selama tiga hari bermula 23 April tahun depan di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu.

Saman itu berhubung dakwaan kenyataan berbaur fitnah bahawa Anwar berbohong menerima gaji RM1 ketika menjadi penasihat ekonomi Selangor.

Peguam SN Nair yang mewakili Anwar selaku plaintif berkata tarikh perbicaraan iaitu pada 23, 24 dan 25 April 2024 ditetapkan oleh hakim Hassan Abdul Ghani pada prosiding pengurusan kes itu semalam (12 Julai) yang berlangsung secara dalam talian (Zoom).
Category
TV Saluran - TV Channel
Tags
Kinitv, Malaysia, politics
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment