Syarikat pengeluar kereta terbesar dari China, iaitu Geely Automobile Holdings Ltd bersetuju membeli sebahagian saham Proton daripada DRB-Hicom, sekaligus mengenepikan saingan pembida dari PSA Group.
Reuters melaporkan sumber berkata Zhejiang Geely Holding Group, yang mengawal Geely Automobile di Hong Kong dan Kumpulan Kereta Volvo Sweden, akan memperoleh 49 peratus daripada Proton.
Proton juga mengawal pembuat kereta sport, Lotus.
Namun, jurucakap DRB-Hicom tidak dapat dihubungi segera untuk mendapatkan komen.
Pelaburan Geely itu akan membantu Proton meningkatkan jualan di luar negara dan mendapatkan semula pasaran di peringkat global.
Dengan menawarkan beberapa teknologi sendiri, Geely berharap dapat mengangkat jualan Proton di pasaran bercirikan pemanduan sebelah kanan termasuk Malaysia, United Kingdom, India dan Australia.
Kejayaan model Geely seperti sedan GC9 dan Boyue SUV membantu meningkatkan jualan jenama China itu sebanyak 50 peratus tahun lalu kepada lebih 760 ribu kenderaan.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment