Write For Us

Dulu nak jual Proton pada Geely? Ini jawapan Mahathir

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
105 Views
Published
Bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menafikan dakwaan sesetengah pihak bahawa beliau pernah mahu menjual Proton kepada syarikat automotif China, Geely sewaktu menjadi penasihat kereta nasional dahulu.
Ini susulan timbul berita bahawa beliau pernah mengadakan perjanjian dengan Geely beberapa tahun yang lalu.
Mahathir berkata kunjungkan tersebut merupakan kerjasama bagi mencari pembuat kereta untuk memperbaiki prestasi kereta Proton, bukannya mahu menjual Proton.
"Yang pertama, tak benar. Saya pergi melawat kilang Geely bersama Syed Mokhtar. Ini berlaku selepas saya bersara dan menjadi penasihat kepada Proton. Dan kita sedang mencari jalan untuk memperbaiki kereta Proton, satu daripadanya ialah menukar enjin, dan enjin kita dapati Geely ini telah beli Volvo dan Volvo ini pakar dalam bidang enjin.
"Saya pergi juga ke Sweden untuk mencuba kereta Volvo, kemudian baru saya pergi Geelyy. Ini berlaku semasa saya ada dalam Proton, bukan masa saya jadi Perdana Menteri.
"Kita nak tahu apakah jenis kerjasama yang boleh dilakukan dengan Geely seperti mana saya bersetuju untuk adakan kerjasama dengan volkswagon. Kita mencari pembuat kereta yang lain untuk memperbaiki prestasi kereta Proton," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sesi pentanyaan secara langsung di Facebooknya hari ini.
Sesi itu dikendalikan Ketua Armada BERSATU, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment