Write For Us

Goldman Sachs: Dewan kecoh isu surat Tommy Thomas

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
59 Views
Published
Perdebatan hangat muncul di Dewan Rakyat hari ini mengenai perjanjian penyelesaian kerajaan Perikatan Nasional (PN) dengan Goldman Sachs berkaitan dengan tiga urus niaga bon membabitkan skandal 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Ia bermula ketika Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz membidas mantan Peguam Negara Tommy Thomas, dengan memetik surat pada 11 Februari di mana Tommy dikatakan bersetuju dengan penyelesaian lebih rendah iaitu AS$1.75 bilion (RM4.2 bilion).

Menurut Tengku Zafrul, Tommy turut mengesyorkan penyelesaian di luar mahkamah, bercanggah dengan dakwaan beliau bahawa kerajaan PN tidak seharusnya menerima penyelesaian luar mahkamah.

Tony Pua (PH-Damansara) mencelah kenyataan Tengku Zafrul dan mengatakan Thomas mahu penyelesaian dibuat hanya selepas eksekutif Goldman Sachs dibawa ke muka pengadilan, bagi membolehkan kerajaan mempunyai kelebihan untuk mendapat jumlah penyelesaian yang lebih tinggi.

Malaysiakini sedang cuba mendapatkan komen Thomas berhubung dakwaan Tengku Zafrul.

https://www.malaysiakini.com/news/537642
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment