Write For Us

Gopal Sri Ram terajui pasukan pendakwaan ke atas Shafee

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
132 Views
Published
Pejabat Peguam Negara dilaporkan telah melantik bekas hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Gopal Sri Ram sebagai ketua pasukan pendakwaan dalam kes terhadap peguam terkemuka, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah.
Sri Ram dibawa oleh Jabatan Peguam Negara secara pro bono lewat bulan lalu untuk membantu pendakwaan berhubung kes berkaitan 1MDB.
Memetik laporan Malaysiakini, SPRM menahan Muhammad Shafee di KLIA pada jam 6 pagi tadi.
Beliau didakwa di Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur hari ini atas dua pertuduhan menerima wang hasil daripada aktiviti haram berjumlah RM9.5 juta daripada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan dua pertuduhan membuat penyata yang tidak betul di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967.
Muhammad Shafee bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas kesemua pertuduhan itu.
Mahkamah benarkan Muhammad Shafee diikat jamin dengan jumlah RM1 juta dengan dua penjamin dan dua pasport miliknya diserah kepada mahkamah sehingga kes selesai
Beliau adalah peguam bela bagi bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak, yang sedang berdepan perbicaraan atas dakwaan pengubahan wang haram dan rasuah.
Sri Ram pernah berkhidmat sebagai peguambela untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa perbicaraan kes liwat dua manakala Muhammad Shafee mengetuai barisan pendakwaan.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment