Write For Us

Guan Eng beri BH, NST 48 jam

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
139 Views
Published
Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng memberi tempoh 48 jam kepada Berita Harian dan New Straits Times untuk menarik balik laporan mereka serta memohon maaf berhubung laporan berkaitan pelantikan mufti.
Laporan itu memetik Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang, Afnan Hamimi Taib Azamudden, yang mendakwa kerajaan negeri campur tangan dalam pelantikan Datuk Hassan Ahmad sebagai mufti negeri itu.
Beliau berkata demikian dalam sidang media hari ini.
Lim menafikan terbabit dalam hal pelantikan itu dan memberitahu, pihak yang mencadangkan nama untuk jawatan berkenaan ialah Datuk Abdul Malik Kassim selaku exco hal ehwal Islam.
Katanya, cadangan nama itu dipersetujui pemimpin PKR yang juga bekas anggota parlimen Permatang Pauh, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menurut Lim, jika kedua-dua akhbar itu gagal berbuat demikian, pihaknya akan mempertimbangkan untuk mengambil tindakan lanjut.
Menurut Lim, ada "terlalu banyak" laporan memfitnah dilakukan ke atasnya dan beliau tidak mempunyai banyak masa untuk mengambil tindakan atas kesemuanya.
Ditanya mengapa beliau tidak menyaman Afnan Hamimi yang membuat kenyataan tersebut, Lim menjawab: "Mengapa membuang masa?"
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment