Write For Us

Guan Eng beri ingatan pada PAS

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
127 Views
Published
Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menasihatkan pemimpin PAS agar bersikap rasional apabila meluahkan rasa tidak puas hati terhadap pentadbiran kerajaan negeri yang diterajui oleh DAP.
Sambil meminta mereka supaya bersiap rasional, Lim berkata PAS patut belajar tentang pentadbiran dan bidang kuasa negeri sebelum berfikir mahu menjadi parti pemerintah.
"Jika parti itu tidak memahami semua ini, bagaimana ia berharap untuk menjadi parti pemerintah?" soalnya pada sidang akhbar di Pulau Pinang hari ini.
Lim merujuk kepada kenyataan Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS, Ahmad Safuan Ujar yang mendakwa kegiatan perjudian yang semakin berleluasa di Pulau Pinang adalah berpunca daripada dasar dan pendekatan pentadbiran kerajaan negeri yang diterajui oleh DAP.
Mengulas lanjut, Lim berkata mengenai isu perjudian, lesen untuk menjalankan aktiviti tersebut dikeluarkan oleh kerajaan pusat.
"Mengenai penguatkuasaan ke atas aktiviti perjudian haram, hanya pihak polis boleh mengambil tindakan."
Lim mempersoalkan mengapa PAS tidak mengkritik pemimpin Umno - Ahli Parlimen Padang Besar Datuk Zahidi Zainul Abidin - yang pernah menyokong sebuah parti yang mahu membina sebuah kasino di Pulau Pinang.
"Kami lantang menentang idea itu tetapi kita tidak melihat PAS mengkritik pemimpin Umno yang membuat cadangan itu," kata Lim yang juga adalah Setiausaha Agung DAP.
"Sebaliknya, PAS mencari isu-isu dengan kami di Pulau Pinang, jika mereka mahu membantu Umno atau BN dan membidas Pakatan Harapan, sila berbuat demikian dengan cara yang rasional," katanya.
Ahmad Safuan dalam kenyataannya mendakwa dasar "kapitalis" DAP yang hanya mengutamakan keuntungan dan perolehan kewangan tanpa melihat kesan ke atas aspek sosial masyarakat.DAP sebagai punca kegiatan perjudian berleluasa di negeri itu.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment