Write For Us

Guan Eng: M'sia akan peroleh kembali wang dirompak 1MDB

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
70 Views
Published
Malaysia dijangka akan menerima kembali wang yang telah diselewengkan daripada 1MDB tidak lama lagi, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.
"Malaysia akan terima wang yang kita dapat perolehi daripada 1MDB. Ini bukanlah jumlah besar tapi bayaran pertama akan dibuat kepada negara Malaysia.
"Bukanlah berbillion, bukan jumlah besar, tapi sekurangnya adalah permulaan dan ini adalah berita baik, dan kita harap akan diikuti bayaran lanjutan kepada Malaysia di mana kita dapat balik wang yang dirompak daripada 1MDB," katanya pada sidang akhbar di Putrajaya.
Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan dari mana bayaran itu akan dibuat dan jumlahnya yang tepat.
Beliau juga menggesa parti-parti pembangkang yang menerima 'ratusan juta' daripada dana 1MDB, untuk mengembalikan semula wang itu.
Beliau berkata kerajaan akan mengambil tindakan untuk mendapatkan wang berkenaan dari parti-parti politik ini, termasuk tindakan undang-undang dan bermula dengan parti yang menerima jumlah terbesar daripada dana 1MDB.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment