Pengerusi Felda, Tan Sri Shahrir Abdul Samad hari ini membidas kenyataan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa 54 kawasan penempatan Felda tidak lagi menjadi kubu kuat Umno dan menganggap ia sebagai propaganda semata-mata.
"Ini pandangannya, dia berhak melihat pandangannya, ini hanya propaganda, kita boleh keluar dengan propaganda masing-masing," kata Shahrir.
Jelasnya, kenyataan sebegitu tidak ada perkara baru terutama ketika menjelang pilihan raya umum tidak lama lagi malah parti pembangkang lain seperti PAS, PKR dan DAP juga melakukan perkara (propaganda) sama.
"Kita mempunyai Pilihanraya (tidak lama lagi), saya fikir semua orang patut mencuba yang terbaik.
"Ini adalah sifat apabila pilihanraya berlaku, pemimpin pembangkang akan mengatakan mereka lebih baik," katanya ketika ditemui di ibu pejabat Felda hari ini.
Beliau berkata Umno dan BN akan bekerja seperti biasa untuk memastikan sokongan daripada komuniti Felda.
"Kami bekerja seperti biasa, kami tahu siapa peneroka, kami mempunyai cawangan Umno dalam skim Felda" katanya.
Semalam, Muhyiddin berkata BN tidak boleh bermimpi bahawa Felda masih menjadi kubu kuat UMNO.
Kata Muhyiddin, pembangkang diterima dengan baik oleh masyarakat Felda.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment