Write For Us

Malaysia ini bukan hanya orang PAS, bidas Exco

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
168 Views
Published
Exco Selangor dari DAP, Datuk Teng Chang Khim berkata penganjuran Better Beer Festival 2017 yang bakal berlangsung di ibu negara pada 6 Oktober tetap diteruskan walaupun dibantah oleh PAS.
Jelasnya, hal ini kerana Malaysia adalah negara demokrasi dan aktiviti itu tidak menyalahi undang-undang.
"Ini satu demokrasi. Semua orang ada kebebasan untuk membantah tapi orang lain juga ada kebebasan untuk meneruskan aktiviti yang tidak menyalahi undang-undang," katanya ketika menghadiri Perbincangan Meja Bulat Belanjawan 2018 di Shah Alam, hari ini.
Namun, ketika ditanya pendapat mengenai kenyataan PAS bahawa aktiviti seperti ini boleh menjurus kepada aktiviti sosial, beliau berkata itu hanyalah persepsi PAS sahaja.
- Isu pesta arak: Jaga sensitiviti, tegur Iskandar
Terdahulu, Naib Presiden PAS, Datuk Iskandar Abdul Samad menyeru orang bukan Islam menjaga sensitiviti umat Islam susulan isu penganjuran pesta arak Better Beer Festival 2017 yang dijadual akan berlangsung di ibu negara pada 6 Oktober depan.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment