Write For Us

HARAPAN P.Pinang dibentuk, Guan Eng jadi Pengerusi

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
93 Views
Published
Pakatan Harapan (HARAPAN) Pulau Pinang mengumumkan struktur kepemimpinan baharu di peringkat negeri bagi mendepani pembangkang dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) nanti.
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng diumumkan sebagai Pengerusi Harapan negeri.
Lim turut mengumumkan Pengerusi DAP negeri, Chow Kon Yeow; Pengerusi PKR negeri, Datuk Mansor Othman; Pengerusi AMANAH negeri, Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa dan Pengerusi BERSATU negeri, Marzuki Yahaya sebagai timbalan pengerusi bersama-sama pakatan politik empat parti tersebut.
"Selepas Pakatan Harapan menjadi kerajaan negeri pertama negara di Pulau Pinang, diharapkan selepas ini Pakatan Harapan akan menjadi Kerajaan Persekutuan di Putrajaya
"Satu Konvensyen Pakatan Harapan juga akan dirancang pada 24 September 2017 di Seberang Perai Arena," katanya pada sidang media semalam.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment