Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng membayangkan negeri itu dengan tadbir urus kewangan secara berintegriti sejak tahun 2008, akan kembali 'kotor' jika dirampas Umno serta Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya akan datang.
Lim berkata barisan kepemimpinan kerajaan negeri serta rakyat perlu mengambil perhatian yang serius terhadap beberapa siri penerbitan di dalam akhbar berbahasa Melayu kebelakangan ini.
Beliau mengulas komentar di dalam sebuah akhbar arus perdana bertajuk 'DAP boleh tumbang di Pulau Pinang', semalam.
"Apabila DAP tumbang, PKR pun akan tumbang, sama juga jika PKR tumbang DAP pun akan tumbang kerana kita saling bekerjasama.
"Bayangkan macam mana jika Barisan Nasional memerintah balik Pulau Pinang...yang sekarang bersih akan jadi kotor. Komtar baru akan bertukar wajah, dari ada air akan ada catuan air dan kita satu inci hutan simpan pun tidak disentuh," kata.
Menurut Lim, jika Pakatan Harapan hari ini tumbang, kemungkinan Pulau Pinang akan menjadi sebuah Wilayah Persekutuan yang baharu sebagaimana dihasratkan oleh Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor sebelum ini.
"Dan kemungkinan besar impian Tengku Adnan akan menjadi realiti, iaitu negeri Pulau Pinang akan menjadi sebuah wilayah persekutuan.
“Justeru, rakyat kena jaga-jaga dan minta tolong bayangkan apa akan jadi kepada Pulau Pinang jika BN memerintah balik," katanya.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment