Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail berkata kerajaan hanya boleh memohon menerusi perjanjian ekstradisi dengan Australia supaya Sirul Azhar Umar dihantar pulang ke negara ini jika hukuman matinya diringankan kepada hukuman penjara.
Bercakap pada sidang media pagi ini, Saifuddin berkata terdapat sedikit peluang untuk membawa kembali bekas komando polis itu berikutan pemansuhan hukuman mati mandatori oleh Malaysia.
Bagaimanapun, katanya, tanggungjawab terletak pada Sirul untuk memohon semakan melalui peguamnya di Malaysia.
Suspek utama pembunuhan warga Mongolia Altantuya Shaariibuu pada 2006 itu walau bagaimanapun masih berdepan dengan hukuman penjara seumur hidup.
Sumber: https://www.youtube.com/watch?v=wpX_g0env5s

- Category
- TV Saluran - TV Channel
- Tags
- Kinitv, Malaysia, politics
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment