Write For Us

'Henti cakap isu peralihan kuasa, teruskan mentadbir'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
56 Views
Published
Rakyat Malaysia perlu berhenti bercakap tentang peralihan kuasa antara Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad dan Presiden PKR Anwar Ibrahim, kata bekas menteri Rafidah Aziz.
Beliau yang juga anggota Majlis Tindakan Ekonomi berkata perkara itu hanya menyebabkan ketidaktentuan dalam negara.
"Kesemua kita tidak patut sibuk (bercakap tentang) peralihan (jawatan perdana menteri).
"Marilah berhenti bercakap tentang isu ini kerana ada pihak di luar sana - pelabur, orang yang berpotensi menjadi rakan niaga - tidak pasti ke mana arah kita (negara).
"Masalah peralihan (kuasa) telah dikenal pasti sebagai salah satu punca ketidaktentuan ini," katanya dalam ucapan di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya, hari ini.
Soal peralihan kuasa antara Mahathir dan Anwar merupakan antara topik politik utama yang dibincangkan sejak PRU ke-14.
Hari ini, Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) bersama Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) dan Gabungan Bertindak Malaysia menggesa satu tarikh yang jelas ditetapkan untuk peralihan itu bagi mengelakkan pelbagai khabar angin daripada disebarkan.
Bagi Rafidah, Mahathir perlu meneruskan tugasnya sebagai perdana menteri kerana beliau memerlukan masa untuk melaksanakan dasar kerajaan.
"Tentulah Dr Mahathir tidak berkata akan berada di situ selama-lamanya. Kami tak minta anda (untuk jadi PM) sehingga usia 100 tahun. Kami hanya kata jangan bercakap tentangnya, teruskan (pentadbiran)," katanya lagi.
Ketika ditemui kemudian, Rafidah enggan mengulas apabila ditanya sama ada beliau setuju untuk Mahathir menjadi perdana menteri sehingga tamat penggal ini.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment