Write For Us

Hishammuddin jawab Mujahid, ATM tidak terlibat perang di Yemen

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
105 Views
Published
Malaysia tetap berpendirian berkecuali dalam krisis melibatkan Arab Saudi dan Yemen.
Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata keberadaan (kehadiran) pasukan Angkatan Tentera Malaysia di Arab Saudi hanya bagi memfokuskan kepada proses pemindahan rakyat Malaysia dari kawasan bergolak itu.
Beliau berkata demikan pada sesi soal jawab di persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Mujahid Yusof (Amanah-Parit Buntar) berkenaan laporan media asing yang menyatakan pegawai Malaysia turut terlibat membantu operasi ketenteraan Arab Saudi di Yemen.
Hishammuddin berkata ketika ini masih terdapat 89 pegawai ATM bersama dua pesawat pengangkut Charlie C130 masih berada di Arab Saudi.
Katanya pasukan itu dikhususkan di dalam kawasan persempadanan Arab Saudi dan fokus pada program pemindahan semata-mata.
Hishammuddin berkata sehingga kini 673 rakyat Malaysia telah dibawa pulang dari wilayah bergolak itu.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment