Write For Us

'Perang mulut' isu 1MDB lagi, MP PAS jawab dakwaan DAP

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
132 Views
Published
Sidang Dewan Rakyat hari ini gamat apabila seorang anggota Parlimen PAS menjelaskan beberapa tohmahan yang dilemparkan DAP susulan isu taklimat CEO 1MDB, Arul Kanda Kandasamy kepada parti itu, baru-baru ini.
Permulaannya, Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng membangkitkan peraturan mesyuarat 63 iaitu keputusan Speaker adalah muktamad berhubung usul 1MDB.
Lim mahu Speaker membuat keputusan sama ada tindakan 'pertemuan' Arul dengan PAS menghina dewan ataupun membenarkan semula soalan dimasukkan berhubung 1MDB.
"Tan Sri Speaker memutuskan soalan-soalan yang berkaitan dengan 1MDB adalah subjudis tidak boleh disebut, usul saya juga ditolak. Kelmarin, Kementerian Kewangan hantar macai dia CEO 1MDB untuk membuat satu taklimat kepada ahli-ahli PAS berhubung 1MDB.
"Saya nak Dato Speaker buat keputusan, sama ada tindakan CEO 1MDB itu yang buat taklimat kepada ahli PAS adalah satu tindakan merendahkan kewibawaan Tan Sri Speaker sebab di dewan dikata subjudis. Saya nak satu keputusan dibuat sama ada tindakan ini menghina dewan ataupun membenarkan masukkan semula soalan berhubung 1MDB," katanya.
Bagaimanapun, Timbalan Speaker Datuk Ronald Kiandee membuat keputusan bahawa taklimat 1MDB itu berlaku di luar dewan daripada jangkauan kuasa Speaker.
"Soal 1MDB bagi taklimat, itu di luar daripada jangkuan kuasa Speaker. Yang berlaku dalam dewan, yang diputuskan dalam dewan terpakai dalam dewan.
"Jadi, yang 1MDB diluar bagi taklimat itu tidak terpakai dalam keputusan 43," katanya.
Namun, Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Takiyuddin Hassan bangun mencelah bagi menjawab tuduhan yang dilemparkan daripada DAP.
"6 soalan daripada ahli Parlimen PAS telah ditolak berkaitan dengan 1MDB. Atas dasar itu, di luar dewan kita minta penjelasan daripada 1MDB terus daripada presidennya.
"Nasib tidak baiklah kerana dia bersetuju. Saya cadangan DAP atau parti lain boleh jemput 1MDB untuk perkara sama," kata Takiyuddin.
Keadaan menjadi kecoh apabila Ahli Parlimen Bandar Kuching, Chong Chieng Jen mendakwa PAS mula 'bermesra' dengan Umno, namun ditegur Takiyuddin.
"You jangan buat tuduhan macam itu, itu tak profesional. Lawyer cakap macam ini. You invite 1MDB," kata Takiyuddin lagi.
Pertelagahan itu disambut ramai ahli parlimen kerajaan dan pembangkang, namun berjaya ditenangkan Timbalan Speaker.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment