Write For Us

Mujahid kecewa Hishammuddin tidak jawab soalan di Parlimen

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
107 Views
Published
Naib Presiden AMANAH, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa kecewa dengan jawapan yang diberikan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berhubung dakwaan pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terlibat perang di Yemen.
Mujahid berkata walaupun Hishammuddin menganggap dakwaan itu tidak berasas dan tidak bertanggungjawab, namun laporan dakwaan itu datangnya daripada United Nation.
Beliau berkata demikian dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini.
Terdahulu, Hishammuddin berkata Malaysia tetap berpendirian berkecuali dalam krisis melibatkan Arab Saudi dan Yemen.
Jelas Hishammuddin, keberadaan (kehadiran) pasukan Angkatan Tentera Malaysia di Arab Saudi hanya bagi memfokuskan kepada proses pemindahan rakyat Malaysia dari kawasan bergolak itu.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment