Write For Us

Mahfuz kecewa soalan lisan ditolak

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
121 Views
Published
Di hari ketiga persidangan Dewan Rakyat, soalan lisan anggota parlimen pembangkang terus ditolak.
Kali ini giliran anggota Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar.
Mahfuz dalam soalan lisannya bertanyakan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berapa jumlah ekar tanah di negara ini yang telah dijual atau digadai kepada pelabur-pelabur dari negara China.
Bagaimanapun soalan lisan itu ditolak oleh Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Ronald Kiandee.
"Saya sangat kecewa dengan alasan penolakan ini kerana dinyatakan bahawa satu pertanyaan itu tidak boleh mengandungi apa-apa sangkaan, fikiran, tohmah, keji atau mengandungi kalimah keliru menyindir atau menyakit hati atau pun mengenai apa-apa perkara dangkal atau meminta penerangan mengenai perkara remeh," kata Mahfuz dalam sidang media di Parlimen hari ini.
Kata Mahfuz, beliau juga kecewa dengan penolakan tersebut yang jelas menunjukkan bahawa anggota parlimen hari ini tidak boleh bercakap apa-apa di Dewan Rakyat.
"Alasan yang diberikan Dewan Rakyat memberikan gambaran kita tidak boleh bercakap apa di Parlimen.
"Suatu yang sangat pelik dan bila alasan ini diberikan menunjukkan kerajaan tidak bersedia nak jawab dan membawa maksud ada sejumlah tanah di negara kita yang dijual dan kerajaan cuba nak menyembunyikan perkara ini dnegan memberikan alasa tidak masuk akal," kata Mahfuz.
Menurut Mahfuz, apa yang ingin dibangkitkan itu berasas malah bukan suatu perkara yang remeh.
"Saya fikir ini bukan perkara remeh, bukan sangkaan dan suatu bersifat tohmah dan saya tidak puji atau mengeji tetapi soalan saya adalah mahu mendapatkan fakta dan angka dan kalau kerajaan merasakan tiada masalah dan mereka tidak menjual atau menggadai tanah tersebut walaupun seinci tanah di negara ini dijual atau dipindah milik kepada pelabur China.
"Soalan itu mudah dan jawapan itu pun mudah tetapi kalau ada dia kena beritahulah berapa yang telah dipindah milik atau dijual," tambah Mahfuz.
Kepimpinan Pakatan Harapan (HARAPAN) pada Isnin yang diketuai Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail di Parlimen berkata lebih daripada 10 soalan mereka khususnya membabitkan skandal 1MDB ditolak.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment