Walaupun dalam hujan lebat dan tanpa tempat berteduh, protes Pemuda Pakatan Harapan (HARAPAN) terhadap kenaikan harga minyak di luar parlimen tetap diteruskan, kata Naib Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (AMANAH) Shazni Munir Mohd Ithnin.
"Hujan lebat ketika ini. Kami masih meneruskan flashmob di depan Parlimen walau tanpa tempat berteduh. Tanpa khemah dan kami akan terus di sini," katanya dalam kenyataan.
Dalam satu rakaman video, sekumpulan pegawai DBKL dilihat membuka semula satu khemah peserta atas sebab ia tidak boleh dipasang di tempat awam, tengah hari tadi.
Walaupun terdapat beberapa peserta yang mempersoalkan tindakan itu, keadaan kekal tenang dengan tiada kekecohan berlaku.
Turut berada di situ adalah dua anggota parlimen dari PKR, iaitu Gooi Hsiao Leung (Alor Setar) dan Sim Tze Zim (Bayan Baru).
Shazni berkata, peserta protes akan memberi kerjasama sepenuhnya dengan pihak berkuasa kerana "tidak mahu bergaduh" dengan mereka.
"Kami hanya mahu satu, subsidi RM1 bilion (untuk minyak) dikembalikan dan harga minyak turun," katanya.
Shazni memaklumkan setakat ini sejumlah lapan peserta masih kekal di sana, berbanding 20 orang semalam.
Protes tersebut bermula tengah malam semalam dan dijangka berakhir pada jam enam petang Rabu ini, apabila harga bagi RON95, RON97 dan diesel untuk minggu berikutnya diumumkan.
Ketika protes bermula semalam, polis turut mengarahkan mereka mengemaskan empat khemah yang dipasang.
"Kalau nak pasang khemah, buat di Padang Merbok. Takut DBKL datang," kata pegawai polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.
Protes tersebut diadakan selepas harga minyak mencatat rekod tertinggi - RON95 (RM2.38 seliter), RON97 (RM2.66 seliter) dan diesel (RM2.25 seliter) - sejak kerajaan mula memperkenalkan sistem harga apungan mingguan.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment