Write For Us

Idea Ku Nan 'gila', kata Teresa

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
144 Views
Published
Ahli Parlimen DAP-Seputeh, Teresa Kok menyifatkan idea Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang mahu mengurangkan tempat parkir dalam bangunan komersial, sebagai idea 'gila'.
Kata Teresa, Tengku Adnan gagal memahami masalah sebenar yang dihadapi setiap warga Kuala Lumpur, sama ada yang menaiki pengangkutan awam, kereta dan motosikal.
"Saya rasa Tengku Adnan, ini orang kaya yang duduk dekat sini, dia tidak tahu kepahitan orang biasa, yang mempunyai kereta apa masalah yang kita hadapi, tol kita hadapi dan caj parkir yang begitu tinggi.
"Dia tidak tahu, kerana dia kaya. Dia ada driver, bawa dia ke mana-mana tempat. Dia ada ramai hulu balang ikut dia tau. Dia buka pintu kereta pun tak perlu dia buka sendiri.
"Saya berdoa dan berharap dia boleh lepaskan jawatan sebagai Menteri Wilayah Persekutuan. Dia memang tidak layak kerana dia bukan menteri untuk orang ramai," katanya ketika ditemui di Kompleks Mahkamah Jalan Duta hari ini.
Beliau menjawab soalan pemberita berhubung kenyataan Tengku Adnan 'hanya melontarkan idea' apabila mencadangkan larangan ruang letak kereta dalam bangunan-bangunan di Kuala Lumpur.
TheSun melaporkan, Tengku Adnan mencadangkan Kuala Lumpur mencontohi bandar maju yang tidak menyediakan ruang letak kereta dalam bangunan untuk mengurangkan trafik dan menggalakkan penggunaan pengangkutan awam.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment