Write For Us

Ini hasil untuk k'jaan, bukan masuk tabung DAP - Anthony

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
65 Views
Published
Menteri Pengangkutan Anthony Loke menegaskan sekali bahawa tidak ada pengecualian bagi permohonan untuk penggunan cermin gelap sepenuhnya di mana setiap permohonan yang diluluskan akan dikenakan bayaran RM5,000 dengan kelulusan untuk dua tahun.
Kata Anthony, beliau menyerahkan kuasa kelulusan itu kepada satu jawatankuasa yang dipengerusikan Ketua Pengarah JPJ.
Ketika pentadbiran sebelum ini, katanya, sebanyak 5,469 permohonan telah diluluskan menteri tanpa sebarang bayaran.
Beliau berkata demikian pada sidang media khas di Putrajaya hari ini.
Anthony Loke menjawab soalan pemberita berhubung reaksi Liow Tiong Lai dalam laporan FMT.
Dalam pada itu, Kementerian Pengangkutan tidak berganjak dengan keputusan bahawa pemilik kereta persendirian boleh menggelapkan sepenuhnya cermin belakang dan sisi kiri dan kanan penumpang, meskipun mendapat tentangan beberapa pihak.
Keputusan tersebut telah mengambil kira kepentingan semua pihak, termasuk dari pihak polis yang dinyatakan ketika bengkel khas mengenai perkara itu pada Jun 2014.
Justeru, katanya, Pindaan Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Larangan Mengenai Jenis-Jenis Kaca Tertentu) 1991 kekal terpakai.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment