Write For Us

K’jaan dijangka dapat tambahan RM9b hasil minyak

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
111 Views
Published
Kerajaan dijangka mendapat sekurang-kurangnya tambahan RM9 bilion menerusi hasil minyak tahun ini, yang tidak dikira dalam Bajet 2017, kata Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli.
Bajet 2017 digubal dengan jangkaan bahawa harga minyak mentah akan berada pada AS$45 setong.
Bagaimanapun, Rafizi berkata, harga minyak telah meningkat dan kini berlegar antara AS$56 hingga AS$58 setong, dan ini dijangka naik kepada sekurang-kurangnya AS$60 setong.
Tambahan pula, ahli parlimen PKR itu menjelaskan bahawa nilai ringgit juga terus susut kepada kira-kira RM4.1 berbanding satu dolar, kepada kira-kira RM4.5 berbanding dolar AS.
"Kerajaan akan mendapatkan pendapatan tambahan setiap bulan," kata Rafizi pada sidang media di bilik media Parlimen hari ini.
Dalam jawapan bertulis Parlimen kepada Rafizi, Rabu lalu, Kementerian Kewangan enggan menyatakan unjuran bagi hasil minyak tambahan.
"Dalam ekonomi global yang tidak menentu sekarang, agak sukar untuk meramalkan bahawa harga minyak (AS$55 setong) akan kekal pada tahap ini sepanjang tahun.
"Oleh itu kerajaan masih menggunakan unjuran yang diumumkan dalam Bajet 2017 di mana harga minyak mentah dijangka berada pada AS$45 setong," kata kementerian itu.
Rafizi dalam satu kenyataan akhbar dua minggu lalu, menimbulkan kebimbangan tentang bagaimana wang tambahan RM9 bilion itu akan digunakan.
"Ini adalah tahun pilihan raya, dan saya amat bimbang bahawa ini (hasil minyak tambahan) akan disalahgunakan dalam kempen untuk memastikan Umno / BN berkuasa," katanya.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment