Write For Us

Isa Samad nafi beri makanan percuma

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
84 Views
Published
Calon bebas pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson, Tan Sri Isa Samad menafikan dakwaan bahawa pihaknya memberikan makanan percuma kepada pengundi semasa proses pembuangan undi hari ini.
Sebaliknya, Isa yang juga bekas menteri besar Negeri Sembilan berkata ia dilakukan sendiri oleh penyokongnya.
“Itu bukan saya (yang buat), makan dibuat orang penyokong saya. Orang PAS pun ada datang makan,” katanya selepas melawat Pusat Pengundian di Sekolah Kebangsaan Port Dickson.
Mengulas lanjut Isa mendakwa Pakatan Harapan juga ada memberikan air percuma kepada pengundi mereka.
“Kalau nak mengadu dia (HARAPAN) pun kita lihat bagi air percuma,” tambahnya.
Malaysiakini hari ini melaporkan hidangan nasi Arab Damsyik itu disedikan secara percuma oleh pihak tertentu kepada pengundi dan petugas pilihan raya berhampiran pusat mengundi di Pasir Panjang, Linggi awal hari ini.
Hidangan percuma itu diletakkan berdekatan jalan masuk ke SJK (C) Chung Hua dari jam 9 pagi hingga 12 tengah hari.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment