Write For Us

Isu bakar tahfiz: Saya lihat dengan serius - AG

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
115 Views
Published
Polis masih belum mengemukakan kertas siasatan ke Pejabat Peguam Negara walaupun mengesahkan telah menyelesaikan siasatan kes terhadap tujuh suspek yang didakwa menyebabkan kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah pada awal pagi Khamis lalu.
Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali, yang baru pulang dari mengerjakan haji di Mekah, berkata beliau melihat kes itu dengan serius.
"Saya masih menunggu kertas siasatan, tetapi saya melihatnya dengan serius," kata Mohamed Apandi ketika ditemui selepas hadir di Forum 'Holiday Law Conference' hari ini di Ampang.
Mohamed Apandi berkata kes itu boleh diambil tindakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana pembunuhan.
"Mereka akan dibicara di bawah Akta Kanak-kanak untuk kanak-kanak, ini bermakna mereka tidak boleh dihukum mati kecuali mereka berusia 18 tahun," katanya.
Dalam kejadian awal pagi 14 September itu, 21 pelajar dan dua warden meninggal dunia apabila sebahagian daripada bangunan 3 tingkat pusat tahfiz itu terbakar.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment