Write For Us

Isu Palestin: Ucapan Najib berkobar-kobar tapi retorik, kata MP

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
106 Views
Published
Anggota Parlimen Kuala Terengganu, Raja Kamarul Bahrin Shah menggesa supaya pihak kerajaan membuktikan komitmen dan tidak hanya bercakap kosong berhubung isu yang melibatkan rakyat Palestin.
Ini berikutan pembunuhan kejam yang melibatkan 16 orang rakyat Palestin di Gaza Jumaat lalu.
Raja Kamarul yang juga pengerusi biro antarabangsa Parti Amanah Negara (AMANAH) berkata, kerajaan perlu membuktikan komitmen mereka dengan menyekat segala perdagangan di antara Malaysia dan Israel.
"Berikan komitmen bersungguh-sungguh kita kepada rakyat Palestin melalui tindakan yang meyakinkan dan bukan hanya retorik kosong.
"Ucapan perdana menteri yang berkobar-kobar sanggup berkorban jiwa raga di himpunan anti Israel baru-baru ini hanyalah retorik kosong jika tidak disertai komitmen menyekat hubungan perjalanan rakyat dan perniagaan di antara dua negara ini.
"Cakap dan slogan berkobar-kobar semata-mata tidak bermakna jika kepentingan perniagaan masih jauh mengatasi pembelaan rakyat Palestin," katanya pada sidang media di Parlimen hari ini.
Disember tahun lalu, kerajaan menganjurkan Himpunan Solidariti Selamatkan Baitulmaqdis.
Pada himpunan itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menegaskan hanya solidariti dan penyatuan umat Islam seluruh dunia mampu membebaskan Palestin daripada kezaliman rejim zionis Israel.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment