Write For Us

"Itu masa silam," kata Nur Jazlan

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
187 Views
Published
Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed enggan mengulas lanjut mengenai pendedahan kewujudan sepucuk surat mengesahkan Aabar Investments PJS Ltd (BVI) anak syarikat IPIC, walaupun syarikat Abu Dhabi itu menafikannya.
Sebaliknya, Nur Jazlan hanya berkata ia adalah masa silam ketika beliau berada di Jawatanankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).
"Itu masa silam....waktu saya duduk di PAC," katanya ringas ketika ditanya pemberita selepas hadir merasmikan sebuah majlis di Kuala Lumpur hari ini.
Sebelum ini, Nur Jazlan pernah memegang jawatan Pengerusi PAC, sebelum Ahli Parlimen BN-Rompin, Datuk Hasan Arifin memegang jawatan tersebut.
Semalam, Malaysiakini dalam laporan eksklusifnya, memetik Menteri Kewangan II, Datuk Johari Abdul Ghani sebagai mendedahkan kewujudan sepucuk surat yang mengesahkan Aabar Investments PJS Ltd (BVI) anak syarikat IPIC, walaupun syarikat Abu Dhabi itu menafikannya.
Katanya, berdasarkan rekod dibekalkan 1MDB kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) sebelum perjanjian penyelesaian, Aabar Investments PJS Ltd (BVI) ialah anak syarikat IPIC.
“Malah, ia disahkan oleh Pendaftar Hal Ehwal Korporat British Virgin Islands dalam surat bertarikh 11 Ogos 2016,” katanya kepada Malaysiakini.
Pendedahan yang berpandukan sumber yang biasa dengan perkara itu menjurus kepada persoalan mengapa pasukan Malaysia memilih untuk penyelesaian daripada membiarkan proses timbang tara antara 1MDB dan IPIC menghasilkan keputusan apabila mempunyai bukti yang kukuh.
Susulan itu, Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli berkata, Johari patut mendedahkan surat yang didakwa pengesahan daripada Pendaftar Hal Ehwal Korporat BVI supaya orang ramai boleh membantu beliau dan kerajaan berkaitan isu itu.
Johari juga, katanya, patut mendedahkan jejak aliran wang yang didakwa secara penipuan dipindahkan kepada syarikat yang salah, supaya orang ramai boleh menentukan siapakah yang merupakan benefisiari akhirnya.
Tambah Rafizi, Johari patut meletak jawatan jika beliau tidak boleh mendedahkan surat itu, seperti bekas Menteri Kewangan II Datuk Husni Hanadzlah, yang selepas peletakan jawatannya, menimbulkan persoalan mengenai 1MDB di Parlimen.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment