Write For Us

Jamal tak dapat mandi wajib kerana krisis air

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
180 Views
Published
Pengerusi Gabungan NGO Malaysia, Datuk Seri Jamal Md Yunos berkata, akibat krisis air beliau tidak dapat menunaikan kewajipannya untuk mandi hadas besar kerana masalah ketiadaan air.
"Saya pulak hari rabu, khamis dan hari jumaat. Jumaat ini pulak kewajipan suami terhadap isteri. Jadi bila malam kita melakukan kewajipan kita pagi nak mandi air tiada.
"Kita nak berhadas besar, nak bertayamum pun tak tahu macam mana. Saya pertama kali sembahyang taubat kerana tidak dapat menunaikan tanggungjawab sebagai muslim untuk sembahyang subuh," kata Jamal ketika menjadi salah seorang panelis wacana Sinar Harian minggu lepas.
Menurut Jamal, krisis bekalan air di Selangor tidak akan terjadi jika kerajaan negeri tidak mempolitikkan isu pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 (Langat 2) jika menjalankan kerjasama dengan kerajaan Persekutuan.
Jamal yang juga merupakan Ketua Umno Bahagian Sungai Besar menggesa Azmin supaya meluluskan pembinaan Langat 2 bagi menyelesaikan krisis bekalan air yang berlaku di negeri itu.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment