Write For Us

Kerana bertuala, Jamal 'muncul' dalam program INVOKE Malaysia

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
182 Views
Published
Susulan tindakan Ketua Gerakan Baju Merah, Datuk Seri Jamal Md Yunos yang hadir ke Bangunan SUK Shah Alam sebagai protes 'tiada air untuk mandi' dengan hanya memakai tuala semalam, dilihat satu gimik politik yang kurang bijak.
Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli berkata seseorang itu harus mempunyai kredibiliti untuk memperjuangkan sesuatu isu supaya rakyat boleh yakin, sungguhpun masalah ketiadaan air adalah serius.
Kata Rafizi, namun apabila orang seperti Jamal mengangkat isu ini, ia menjadi bahan lawak dan mesej itu tidak sampai.
Beliau berkata demikian ketika menjadi tetamu dalam program "So apa Cita Minggu ni?!" anjuran INVOKE Malaysia malam tadi.
Program itu dimuat naik secara langsung di Facebooknya.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment