Write For Us

"Kenapa baru sehari 'bertuala' di SUK, esok roboh resort?" soal Jamal

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
101 Views
Published
Ketua Gerakan Baju Merah Datuk Seri Jamal Md Yunos hari ini memfailkan saman terhadap kerajaan Selangor.
Beliau juga mahu Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) tidak merobohkan resortnya.
Ketua Umno Sungai Besar itu memfailkan tuntutan itu bagi pihak syarikatnya Jamal Jaya Holdings Sdn Bhd sebagai pemilik Sekin Fisherman Village Hotel and Resort.
Tuntutan itu difailkan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.
Jamal menamakan MDSB, pegawai daerah Sabak Bernam dan kerajaan Selangor sebagai defendan.
Jamal mendakwa tindakan terhadap resortnya itu dibuat susulan 'bantahan bertualanya' terhadap gangguan bekalan air di Selangor baru-baru ini.
Jamal memohon perintah injunksi terhadap tindakan MDSB dan ganti rugi sebanyak RM140,000 susulan perobohan sebahagian struktur di resort itu sebelum ini.
Sehari selepas sitaan dan arahan penutupan bermula 22 Disember lalu, Jamal meneruskan operasi resortnya.
Beliau mendakwa telah mematuhi syarat ditetapkan, namun gagal memperoleh lesen sah kerana campur tangan politik.
Pejabat Daerah dan Tanah dilapor merobohkan 11 bilik bangunan yang masih dalam pembinaan, yang didakwa Jamal dibuat tanpa notis awal.
Resort seluas empat hektar itu mempunyai 100 buah bilik.
Yang Dipertua MDSB, Azlinda Azman menjelaskan penutupan itu dibuat berdasarkan Undang-undang Kecil 38, Undang-undang Kecil Hotel MDSB 2013 kerana menjalankan aktiviti perhotelan tanpa lesen sah.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment