Write For Us

JAWI akan panggil Husni, kata Hanipa

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
118 Views
Published
Dua anggota parlimen daripada Parti Amanah Negara (AMANAH) hari ini memberikan kenyataan kepada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dalam siasatan qazaf terhadap bekas menteri kewangan kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah yang membuat tuduhan liwat terbaru terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Kenyataan Hanipa Maidin (Sepang) dan Raja Kamarul Bahrin Raja Ahmad (Kuala Terengganu) itu diambil secara berasingan oleh JAWI.
Anggota-anggota parlimen HARAPAN pada 7 November lalu membuat laporan terhadap Husni setelah mendakwa Anwar pernah meliwat anak buahnya, yang menyebabkan beliau meninggalkan perjuangan bekas timbalan perdana menteri itu.
Aduan itu diterima bawah Seksyen 41 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997.
Menurut Hanipa berdasarkan standard operasi piawai (SOP), keterangan Husni pula akan diambil selepas dimaklumkan oleh pihak JAWI.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment