Write For Us

Jenazah bapa Dr Wan Azizah selamat dikebumikan

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
91 Views
Published
Jenazah bapa Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Datuk Dr Wan Ismail Wan Mahmud selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ukay Perdana, Ampang 11.20 pagi Selasa, 10 Disember.
Wan Ismail yang berusia 93 tahun meninggal dunia di kediamannya di Taman Nirwana, Ampang akibat serangan jantung pada jam 2.30 pagi.
Terdahulu, jenazah dimandikan, dikafankan dan disolatkan di Masjid Al-Mustakim, Ampang di sini sebelum dikebumikan.
Antara yang turut hadir menziarah, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad; Menteri Kewangan, Lim Guan Eng; Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu; Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Datuk Dr Xavier Jayakumar; Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Salahuddin Ayub, dan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
Lebih 500 individu turut hadir di tanah perkuburan bagi menziarahi jenazah semasa pengebumiannya, termasuk Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri, dan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim.
-------------------------------------
#HMETRO #METROTV
Please visit our website for more news
Please like
Please follow
And also our
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment