Walaupun cacat, tiada apa yang mustahil sekiranya tekad dan kuatkan semangat serta bersedia menerima tunjuk ajar orang lain.
Itu dibuktikan tujuh pelajar kursus fotografi deria untuk Orang Kurang Upaya (OKU) cacat penglihatan dari Persatuan Bagi Orang Buta Malaysia (MAB) termasuk dua daripada mereka mengalami buta sepenuhnya.
Bagi Rashidi Abdullah, 28, yang hanya tinggal kurang 20 peratus penglihatan menyifatkan kursus berkenaan sebagai peluang untuknya meneruskan cita-cita dalam bidang fotografi selepas terbantut ketika usia 17 tahun apabila disahkan mengidap penyakit glaukoma.
Bagi Vivian Kwek Chu Lan, 58, pula tidak menyangka berpeluang mengikuti kelas fotografi dalam keadaan mata kirinya tidak dapat melihat langsung sejak lahir dan mata kanan hanya boleh melihat terhad ketika ada sumber cahaya serta jarak dekat.
Menurutnya, paling seronok apabila hasil gambar jurugambar buta dia dan enam rakan lain dipamerkan di galeri dan tidak disangka ada pembeli yang membeli hasil karyanya.
Sementara itu, pengasas bersama Plus Community Partnership iaitu Monica Chen dan Ken Goh berkata, idea untuk menguruskan kursus fotografi deria kepada orang buta adalah untuk memberikan peluang dan ruang yang sama kepada OKU penglihatan seperti orang normal.
-------------------------------------
#HMETRO #METROTV
Please visit our website for more news
Please like
Please follow
And also our

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment