Write For Us

'Silau la mata ni', kata pemandu bas RapidKL pada jurugambar

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
94 Views
Published
Pemandu bas henti-henti RapidKL yang merempuh beberapa kenderaan di Ampang, Selangor pada Jumaat lepas, mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di Kuala Lumpur, hari ini atas pertuduhan mengambil dadah.
Tertuduh yang memakai baju T berwarna hitam membuat pengakuan itu selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Majistret Noorasyikin Sahat.
Mahkamah bagaimanapun belum menjatuhkan hukuman terhadap tertuduh kerana menunggu laporan patologi.
Tertuduh didakwa memasukkan dadah jenis methamphetamine di dalam badannya di tandas Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur pada 7.40 malam, 17 Ogos lepas mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952, yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara sehingga dua tahun, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya Amirul Asyraf Abdul Rasid mencadangkan wang jaminan RM7,000 dengan seorang penjamin.
Isteri tertuduh yang merupakan penjamin merayu supaya mahkamah mengurangkan jumlah jaminan itu dengan alasan mereka perlu menyara seorang anak berusia lapan bulan selain kesihatannya juga tidak berapa baik kerana mengalami darah rendah dan masalah jantung.
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 24 September untuk sebutan semula kes itu.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment