Write For Us

PEMANDU tidak diswastakan, bubar pada Mac 2017

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
141 Views
Published
Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU) tidak diswastakan sebaliknya telah dibubarkan pada 1 Mac 2017.
Bekas Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Datuk Seri Idris Jala, yang ketika ini merupakan Presiden dan CEO PEMANDU Associates Sdn Bhd berkata, banyak pihak yang menyangka kerajaan telah menswastakan PEMANDU.
"Banyak pihak menganggap kami telah menswastakan PEMANDU, sebaliknya tidak, kami tidak pernah menswastakan PEMANDU, ia sebenarnya telah dibubarkan pada 1 Mac, 2017 dan tugas berkaitan kini diserahkan kepada Unit Penyampaian Perkhidmatan Awam (CSDU) di Unit Perancang Ekonomi," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan laporan siri pengalaman pembangunan Malaysia berjudul 'Knowledge and Research Report Driving Performance from the Center: Malaysia's Experience with PEMANDU', bersama-sama Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa di sini, hari ini.
PEMANDU merupakan unit yang ditubuhkan pada 2009 di bawah Jabatan Perdana Menteri dengan peranan membangunkan Program Transformasi Negara dan menyelaras pelaksanaannya.
Mengenai PEMANDU Associates, Idris berkata ia merupakan firma perunding swasta sepenuhnya yang ditubuhkan oleh pengurusan dan kakitangan PEMANDU.
"Firma perunding itu menjalankan kerja-kerja perundingan untuk kerajaan, dan ketika ini kami turut membantu kerajaan Tanzania, Oman serta Andhra Pradesh di India," katanya.
Beliau berkata, setakat Februari 2017, 45 kakitangan PEMANDU Associates ditugaskan untuk membantu CSDU bagi memastikan kerja-kerja peralihan berjalan secara lancar bagi tempoh dua tahun akan datang.
"Jumlah itu akan dikurangkan kepada 30 pada 2018 dan PEMANDU akan dibubarkan sepenuhnya menjelang akhir 2019," katanya.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment