Kajian Institut Darul Ehsan (IDE) berpendapat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dijangka mengumumkan pembubaran Parlimen seminggu selepas perayaan Tahun Baru Cina, Februari depan.
Timbalan Pengerusi IDE, Prof Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman berkata kebiasaannya Parlimen akan dibubarkan pada Rabu.
"Parlimen akan terbubar dengan sendirinya pada 23 Jun 2018. Dan tarikh terakhir kalau nak dibuat dalam bulan Jun ini mestilah dibuat pada 12 Mei.
"Sebabnya 12 Mei itu pada Sabtu. Minggu berikutnya sudah puasa. Dari logistiknya tidak pernah pilihan raya dibuat pada bulan puasa.
"Kenapa hari Rabu? Biasanya Perdana Menteri akan mempengerusikan mesyuarat Kabinet, lepas pengerusikan mesyuarat Kabinet terakhir, lepas itu menghadap Yang Dipertuan Agong. Kebiasaannya.
"Bermakna, tarikh yang paling awal berkemungkinan ialah seminggu selepas Hari Raya Cina. Paling lewat, adalah 12 Mei kerana minggu berikutnya adalah Ramadan," katanya pada Rabu.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment