Write For Us

Kajian penetapan gaji permulaan pekerja dijangka siap Oktober ini

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
117 Views
Published
Kementerian Sumber Manusia sedang mengkaji penetapan gaji permulaan bagi setiap sektor pekerjaan, khususnya yang melibatkan golongan lepasan universiti.
Menterinya, Datuk Seri Richard Riot Jaem berkata usaha itu dilakukan bagi memperbaiki skim gaji di negara ini agar seiring mengikut keadaan ekonomi semasa.
"Kajian itu akan dilakukan mengikut penempatan pekerjaan di bandar sehingga ke luar bandar mengikut daerah masing-masing. Mudah-mudahan ia akan dapat disiapkan dan diperkukuhkan dalam masa enam bulan lagi," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Hee Loy Sian (PKR-Petaling Jaya Selatan) mengenai langkah bagi memperbaiki skim gaji permulaan gaji lepasan universiti pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Dalam hal sama, beliau berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebelum ini menyatakan bahawa semua syarikat berkaitan kerajaan (GLC) mesti mengambil bahagian dalam program Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) bagi membantu mengurangkan kadar pengangguran.
"Mana-mana GLC yang tidak mengambil bahagian atau tidak mengambil perantis untuk menjalani latihan di bawah program SL1M ini akan diambil tindakan antaranya adalah mengurangkan peruntukan," katanya menjawab soalan tambahan Datuk Dr Noraini Ahmad (BN-Parit Sulong) mengenai langkah yang boleh diambil oleh syarikat dalam menangani hal tersebut.
Riot berkata kerajaan menerusi kerjasama pelbagai kementerian dan agensi merangka dan menawarkan pelbagai program bagi meningkatkan kebolehpekerjaan rakyat termasuk lepasan universiti dan golongan belia yang menganggur.
Jelasnya, antara program yang dilaksanakan adalah SL1M oleh Unit Perancang Ekonomi dengan kerjasama JobsMalaysia, 'Graduates Enhancement Programme for Employability (Generate)' oleh Pembangunan Sumber Manusia Berhad serta program Golongan Pekerja dan 'Future Workers' anjuran Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran.
"Berdasarkan laporan penyiasatan tenaga buruh oleh Jabatan Perangkaan, bilangan belia yang menganggur pada 2015 adalah 273,600 orang berbanding 2014 iaitu seramai 248,000 orang. Ada peningkatan 1.2 peratus.
"Kadar pengangguran yang tinggi dalam kalangan graduan adalah fenomena yang dihadapi oleh setiap negara membangun dan maju di dunia.
"Golongan ini berada dalam proses transisi daripada alam pembelajaran kepada pasaran pekerjaan dan perlu mengalami proses untuk mencari pekerjaan," jelasnya.
Riot berkata bagi membantu dan memudahkan semua belia mendapat pekerjaan, kementerian turut melaksanakan inisiatif seperti mewujudkan portal perkhidmatan pekerjaan, penubuhan pusat kerja di Pusat Transformasi Bandar (UTC) dan penubuhan pusat maklumat kerjaya.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment