Write For Us

Kajian terakhir... Sokongan kaum pada BN merosot di Selangor

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
89 Views
Published
Timbalan Pengerusi Institut Darul Ehsan (IDE) Prof Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman berkata populariti Pakatan Harapan dilihat semakin meningkat berdasarkan sokongan pelbagai kaum, khususnya kaum Melayu.
Kata Mohammad Redzuan, sokongan pengundi Melayu kepada BN telah merosot kepada 33% daripada 39%, manakala sokongan kepada Pakatan Harapan meningkat dari 35% kepada 43%, namun sokongan orang Melayu kepada PAS pula kekal pada tahap 22% sejak Januari 2018.
Jelasnya, sokongan kaum Cina terhadap Pakatan Harapan di Selangor telah melepasi 80% dan peningkatan juga berlaku kepada sokongan pengundi India yang meningkat melebihi 60%.
Beliau berkata demikian pada pembentangan kajian terkini IDE mengenai PRU14: Pertandingan 3 penjuru di Selangor pada Jumaat lalu.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment