Write For Us

Sokongan merosot, Umno perlu kerap turun padang - nasihat Anwar

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
18 Views
Published
Perdana Menteri, Anwar Ibrahim menasihati Umno untuk kerap turun padang bertemu dengan ahli akar umbi dan rakyat untuk memberi penjelasan berkenaan beberapa isu yang membelenggu parti itu terutama mengenai hubungan baik dengan DAP.

Beliau yang juga Presiden PKR dan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) berkata, perkara itu perlu dilakukan jika Umno mahu memulihkan parti itu yang kini dilihat sokongan yang diterimanya semakin merosot.

Beliau berkata demikian pada Sesi Dialog Perdana Menteri bersama Ketua Pengarang serta Pengarang-Pengarang Kanan Media Elektronik, Media Cetak dan Dalam Talian di Putrajaya, pada Sabtu lepas.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan adakah PH masih memerlukan Umno untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 memandangkan sokongan terhadap parti itu dilihat semakin merosot.

Sumber video: https://www.facebook.com/watch/?v=3481787568800633
Category
TV Saluran - TV Channel
Tags
Kinitv, Malaysia, politics
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment