Write For Us

Sokongan India kian merosot, kemenangan PH sia-sia - Ramasamy

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
20 Views
Published
Bekas pemimpin DAP, P Ramasamy berpandangan PH semakin hilang sokongan masyarakat India walaupun Pang Sock Tao menang selesa dalam PRK Kuala Kubu Bharu kelmarin.

Bekas timbalan ketua menteri Pulau Pinang itu berkata, sementara pengundi Cina kekal bersama PH kerana kekurangan pilihan lain, pengundi India telah "bereksperimen" dengan pilihan lain.

Menurut Ramasamy, peningkatan sokongan Melayu disebabkan oleh rasuah yang ditawarkan kerajaan terutama berkait pengumuman kenaikan gaji sebanyak 13 peratus untuk penjawat awam.

Jelasnya, ia memberi kesan kepada corak pengundian anggota beruniform iaitu askar dan polis.
Category
TV Saluran - TV Channel
Tags
Kinitv, Malaysia, politics
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment