Write For Us

Kajian pengiktirafan UEC akan dikeluarkan, kata Maszlee

Sponsored Post Vitamin D2 Canada Persia
51 Views
Published
Laporan penuh kajian dasar berhubung pengiktirafan Sijil Pendidikan Bersepadu (UEC) akan dikeluarkan sampai tiba masanya.
Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik berkata kajian yang mula dijalankan sekitar Oktober tahun lalu itu merangkumi hasil perbincangan daripada pelbagai sudut termasuk ekonomi, sosial dan pendidikan.
Maszlee berkata demikian pada sidang media ketika memperkenalkan barisan pasukan petugas dasar UEC di Kuala Lumpur, hari ini.
Pasukan petugas dasar UEC dipengerusikan Pengasas Pusat Kajian dan Dokumentasi Pementasan Tradisional Melayu (Pusaka) Eddin Khoo Bu Eng serta dianggotai Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Mohamad Raimi Ab Rahim dan Presiden Dewan Perniagaan Malaysia-China, Datuk Tan Yew Sing.
UEC merupakan sijil yang dikeluarkan Sistem Sekolah Menengah Persendirian Cina Malaysia dan pelaksanaannya tidak mengikut sistem pendidikan kebangsaan.
Pengiktirafan UEC adalah antara janji dalam Manifesto Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum ke-14 lepas.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment