Write For Us

Laporan perubatan Adib akan dikeluarkan - Menteri

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
85 Views
Published
Laporan perubatan Muhammad Adib Mohd Kassim yang cedera parah ketika operasi memadam kebakaran kenderaan dalam insiden rusuhan di kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Putra Heights pagi Selasa lepas akan dikeluarkan.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, kementeriannya bersama pihak Institut Jantung Negara (IJN) sedang berkomunikasi untuk mengeluarkan laporan itu dalam masa terdekat.
Beliau bagaimanapun tidak mengulas lanjut berhubung tarikh laporan itu akan dikeluarkan.
"Saya yakin dalam waktu terdekat perkara ini akan dapat diberikan...ia akan dikomunikasikan oleh pihak bertanggungjawab (IJN)," katanya dalam sidang akhbar selepas melawat Muhammad Adib di IJN hari ini.
Dzulkefly berkata demikian ketika ditanya mengenai kemungkinan laporan itu akan dikeluarkan susulan dakwaan dan spekulasi berhubung punca kecederaan anggota bomba terbabit yang tular di media sosial.
Semalam, Badan Bertindak Selamatkan Kuil Sri Maha Mariaman mendakwa Muhammad Adib tidak dipukul sekumpulan perusuh sebaliknya beliau dihimpit jentera bomba, bagaimanapun dakwaan itu disangkal Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM).
Dalam kejadian awal pagi Selasa, Muhammad Adib dipercayai dipukul sekumpulan perusuh ketika dalam operasi memadam kebakaran kenderaan di hadapan kuil tersebut.
Muhammad Adib sebelum ini diberi rawatan awal di Pusat Perubatan Subang Jaya sebelum dipindahkan ke Institut Jantung Negara (IJN) berikutan keadaannya yang kritikal.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment