Write For Us

"Kalau nak bagi fatwa bukan Tun M, tanya mufti," kata Iskandar

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
152 Views
Published
Naib Presiden PAS, Datuk Iskandar Samad enggan mengulas mengenai kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang menyifatkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) adalah rasuah.
Kata Iskandar, isu tersebut sepatutnya ditanya kepada mufti.
Beliau berkata demikian dalam sidang media 'PAS Pilihanku' di Ibu pejabat parti itu di Kuala Lumpur hari ini.
Semalam, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail tidak bersetuju kenyataan Mahathir mengenai BR1M yang disifatkan sebagai rasuah.
Baru-baru ini, Mahathir mengingatkan rakyat di negara ini bahawa pemberian BR1M merupakan rasuah dan salah di sisi undang-undang.
Dakwanya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah menggunakan BR1M bagi meraih sokongan rakyat dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU14).
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment