Write For Us

Kapal Jho Low di Aceh: Belum ada maklumat - Zahid

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
127 Views
Published
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi belum menerima sebarang maklumat mengenai kapal layar mewah Jho Low yang dikaitkan dengan 1MDB yang berlabuh di Aceh, Indonesia semalam.
“Belum ada maklumat yang sampai pada saya,” kata Ahmad Zahid pada sidang akhbar hari ini.
Beliau ditanya sama ada pihak berkuasa Malaysia ada menerima sebarang maklumat mengenai kapal layar Low itu.
- Kapal layar Jho Low berlabuh di Aceh
Kapal layar Low, Equanimity dilaporkan berlabuh di Sabang, sebuah bandar di Pulau Weh, utara Aceh, pada kira-kira jam 9 pagi waktu Malaysia semalam sebelum beredar lewat petang, kemudian.
Equanimity sedang dikesan oleh Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat (DOJ) yang mempercayai bahawa kapal layar itu adalah sebahagian daripada aset berkaitan 1MDB yang membabitkan pengubahan wang haram.
Menurut pemfailan DOJ di mahkamah, kapal layar itu dibina dan diselenggara dengan dana bernilai AS$250 juta (RM1.06 bilion) yang berasal dari 1MDB.
Equanimity adalah satu-satunya jenis kapal layar yang ditempah khas dan mempunyai sauna, bilik urut, dan kolam terjun, serta ruang tamu yang besar.
Terdapat beberapa laporan berita yang mendakwa bahawa kapal layar itu pernah digunakan sebagai menganjurkan beberapa parti dan pesta yang dihadiri termasuk oleh bintang Hollywood, seperti Leonardo DiCaprio.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment