Write For Us

Kawalan Mahathir ditambah jika ada ancaman

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
117 Views
Published
Polis akan meningkatkan kawalan keselamatan kepada Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad jika keadaan memerlukan, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun hari ini.
Menurutnya ketika ini kawalan keselamatan membabitkan anggota Unit Tindakan Khas (UTK) untuk Dr Mahathir masih dikekalkan.
Apa yang berlaku kata Fuzi pihak polis hanya mengecilkan skala anggota UTK yang bertugas menjaga keselamatan bekas perdana menteri itu.
"Bergantung kepada ancaman, kalau polis fikir ada ancaman serius pada beliau, kita akan tingkatkan semula jumlah anggota dan beri kawalan yang perlu," katanya kepada media di Pusat Latihan UTK di Cheras hari ini.
Khamis lalu Dr Mahathir menyatakan pada Facebooknya bahawa khidmat pengiring peribadi beliau telah ditarik balik.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment