Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor riuh seketika apabila beberapa anggota dewan undangan negeri bertikam lidah mengenai penggunaan istilah 'dedak'.
Ia bermula selepas ADUN Sekinchan Ng Suee Lim mendakwa bekas menteri besar Selangor Tan Sri Muhammad Muhammad Taib kembali kepada Umno pada 17 September lalu kerana menerima dedak.
Dedak adalah istilah yang sering digunakan terutama oleh pembangkang ketika mengecam BN yang menurut mereka sering menabur wang untuk mendapat sokongan.
"Itulah sifatnya, dulu, kini dan selamanya. Kadang-kadang dia boleh lompat, kenapa? Kuasa dedak. Cash is king. Kalau dapat dedak, kata-kata pun boleh berubah," katanya.
Kenyataan itu menimbulkan kemarahan ADUN dari Umno, iaitu Datuk Mohd Shamsudin Lias (Sungai Burong) dan Sharum Mohd Sharif (Dengkil).
"Speaker, dia ulang (cakap) dedak. Dedak ini untuk binatang," kata Sharum.
Namun, Ng berkata beliau sudah merujuk kamus dan mendapati perkataan itu tidak bermaksud jahat.
"Saya sudah periksa kamus Dewan Bahasa, 'dedak' tiada sangka jahat. Kalau tak boleh guna, kita kena tukarlah (kamus) Dewan Bahasa," katanya.
Tiba giliran Mohd Shamsudin pula untuk bangun menyuarakan bantahan, dengan membangkitkan perkataan 'ais krim' yang dipercayai merujuk kepada dakwaan skandal seks melibatkan Datuk Seri Azmin Ali, yang telah dinafikan menteri besar Selangor itu.
"Makan ais krim ada dalam kamus tak? Kalau Sekinchan nak guna 'dedak', bolehkah kami guna 'makan ais krim'? Kalau tidak boleh, sama-sama kita henti sebut 'dedak' dan 'ais krim'," katanya.
Speaker DUN Hannah Yeoh mengingatkan para wakil rakyat agar menggunakan perkataan yang berkaitan dengan perbahasan belanjawan sahaja.
Susulan peringatan itu, Teng Chang Khim (DAP-Sungai Pinang) bangun dan mempertahankan Ng sambil menunjukkan maksud 'dedak' pada skrin telefonnya.
"Saya baru semak kamus dewan. Dedak maksudnya kulit padi yang menjadi serbuk ketika ditumbuk. Jadi saya tak tahu kenapa kata ini (menyinggung) pembangkang?"
"Exco, dedak itu hanya dimakan binatang. Saya ini manusia, makan dedak?" kata Datuk Rosni Sohar (Umno-Hulu Bernam) yang bingkas bangun selepas mendengar kenyataan Teng.
Yeoh akhirnya berjaya menghentikan pertikaman lidah yang berlangsung selama beberapa minit itu, dan Ng meneruskan perbahasannya sehingga selesai.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment