Write For Us

DUN Selangor kecoh, ADUN Kuang bangkit isu SMUE

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
117 Views
Published
Sesi perbahasan DUN Selangor kecoh apabila ADUN BN-Kuang, Datuk Abdul Shukor Idrus membangkitkan isu peruntukan Skim Mesra Usia Emas (SMUE).
Situasi itu menyaksikan ADUN DAP-Sekinchan, Ng Suee Lim bangun mencelah mempertikaikan dakwaan yang disebutkan Shukor.
Namun, ADUN DAP-Damansara Utama, Yeo Bee Yin mencelah bahawa dokumen yang diberi Pengerusi Gabungan NGO Malaysia, Datuk Seri Jamal Md Yunos adalah tidak betul sambil meminta Shukor menunjukkan bukti dakwaan salah guna wang di kalangan mereka.
Shukor bagaimanapun, tetap dengan pendirian dengan dakwaan itu.
Situasi tegang itu memaksa Speaker DUN Selangor, Hannah Yeoh menegur Shukor yang secara tiba-tiba membangkitkan isu SMUE sedangkan program itu diperkenalkan sejak dua penggal lalu.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment