Write For Us

WTE: Kenapa tak buat sebelah rumah MB, Exco kalau canggih sangat? - Adun Kuang

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
28 Views
Published
Adun Kuang Mohd Rafiq Abdullah mencadangkan agar projek pembinaan loji insinerator sisa kepada tenaga (WTE) dibina di Shah Alam atau berhampiran kediaman Menteri Besar Selangor Amirudin Shari atau barisan exconya.

Rafiq bercakap dihadapan ratusan penduduk di Rawang ketika himpunan aman membantah dan menolak projek yang dicadangkan ketika penilaian kesan sosialnya sedang dijalankan.

Himpunan yang dianjurkan oleh Rangkaian Rawang Tolak Insinerator (RTI) sejak jam 8 pagi tadi dihadiri sekitar 300 orang di tapak pasar malam Bandar Tasik Puteri untuk membantah pembinaan loji insinerator WTE di bandar warisan Batu Arang, Gombak.
Category
TV Saluran - TV Channel
Tags
Kinitv, Malaysia, politics
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment