Write For Us

Kediaman Najib terus jadi tumpuan pemimpin Umno

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
115 Views
Published
Kediaman bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Langgak Duta, di ibunegara terus menjadi tumpuan anggota Umno negeri sejak awal pagi tadi.
Antara yang hadir Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor, Tan Sri Noh Omar.
Bagaimanapun mereka tidak memberi sebarang kenyataan media dan terus meluru masuk menuju kediaman Najib.
Najib dan Datin Seri Rosmah Mansor telah disenaraihitam oleh Jabatan Imigresen daripada meninggalkan negara ini.
Selasa lepas, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau menjangka pertuduhan akan dikenakan terhadap Najib susulan penyiasatan dakwaan bahawa bekas perdana menteri itu menyeleweng beratus juta dolar Amerika daripada dana 1MDB.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment