Write For Us

Pemimpin BN ikrar terus bersama Najib

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
118 Views
Published
Di kala pelbagai spekulasi melanda Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, barisan presiden parti komponen BN menyatakan sokongan yang tidak berbelah bagi mereka kepada beliau.
Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata mesyuarat khas di bangunan Parlimen itu diadakan bertujuan menepis sebarang spekulasi dan isu semasa diperkatakan ketika ini, yang antara lain menyentuh pentadbiran Najib.
Antara yang hadir termasuk Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem, Presiden MIC Datuk G Palanivel, Presiden PPP Datuk M Kayveas dan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
Sejak beberapa minggu lalu Najib diserang mengenai berkaitan harta kekayaannya dan pentadbiran beliau dalam syarikat pelaburan 1Malaysia Development Bhd (1MDB).
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment