Write For Us

Kekalkan standard bonus raya di Selangor

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
111 Views
Published
Kerajaan Selangor disarankan mengekalkan standard pemberian bonus hari raya pada kadar sebulan setengah seperti yang diberikan pada tahun lalu.
ADUN Kota Anggerik, Dr Yaakob Sapari berkata pengekalan jumlah bonus itu perlu dilakukan kerana penjawat awam selama ini menjalankan tugas dengan baik.
“Biasanya penghujung Ramadan, Menteri Besar mengumumkan bonus raya. Kali ini jangan sampai kita jatuh standard.
“Tahun lepas Menteri Besar mengumumkan sebulan setengah bonus raya. Jadi kita kekalkan standard, jangan turun.
“Kalau tidak boleh sama... naik,” katanya.
Yaakob berkata demikian ketika membahaskan ucapan menjunjung kasih titah Sultan Selangor di DUN Selangor hari ini.
Pada tahun lalu, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengumumkan bonus Aidilfitri kepada 17,528 penjawat awam Selangor membabitkan peruntukan RM45.6 juta.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment